Dikemas kini 4 November 2026
Caj Shopee kepada seller 2026
Untuk penjual Marketplace dalam Program Cashback Shopee, komisen ialah 11.88% hingga 16.20% ikut kategori. Tambah yuran program 5.94%, yuran transaksi 3.78% dan RM0.54 setiap order, jumlahnya lebih kurang 22% hingga 27% daripada jualan. Semua kadar termasuk SST 8%.
Kira caj Shopee anda
Shopee
- Komisen12.96% daripada jualan
- RM1,296
- Yuran program baucar5.94% daripada jualan
- RM594
- Yuran transaksi3.78% daripada jualan
- RM378
- Bayaran Sokongan Platform200 order × RM0.54
- RM108
23.76% daripada jualan
Dengan website sendiri: lebih kurang RM379 sebulan, jika semua pembeli bayar dengan FPX (Lean.x RM1.50 setiap order) dan Nexova Pro RM79. Tiada komisen.
Komisen Shopee ikut kategori
Untuk ahli Program Cashback, berkuat kuasa 14 Ogos 2026. Kadar sebenar ikut subkategori produk anda.
| Kategori | Shopee |
|---|---|
| Fesyen & pakaian | 12.96% |
| Kasut, beg & aksesori | 13.50% |
| Beauty & skincare | 16.20% |
| Kesihatan & supplement | 16.20% |
| Makanan & minuman | 15.12% |
| Rumah & dapur | 14.58% |
| Barang baby | 11.88% |
| Gadget & elektronik | 11.88% |
| Lain-lain | 14.04% |
Yuran lain setiap order
| Yuran | Shopee |
|---|---|
| Yuran program baucar | 5.94% (8.10% hari kempen) |
| Yuran transaksi | 3.78% |
| Bayaran Sokongan Platform (setiap order) | RM0.54 |
Bayaran Sokongan Platform dikecualikan untuk penjual Marketplace dengan 100 order bersih atau kurang dalam 30 hari, atau 200 order dan jualan RM3,000 ke bawah, dan untuk penjual baharu dalam 60 hari pertama.
Contoh: jualan RM10,000 sebulan
Pakaian, 200 order dengan purata RM50, ahli Program Cashback, semua pada hari biasa.
| Komisen 12.96% | RM1,296 |
| Yuran program 5.94% | RM594 |
| Yuran transaksi 3.78% | RM378 |
| 200 × RM0.54 | RM108 |
| Jumlah | RM2,376 (23.76%) |
Perubahan caj Shopee
- Diskaun komisen untuk ahli Program Cashback dikurangkan, jadi komisen ahli naik. Tempoh hari kempen dipanjangkan. sumber
- Penjual baharu: komisen bermula selepas 120 hari atau 200 order, dan Bayaran Sokongan Platform dikecualikan untuk 60 hari pertama. sumber
- Komisen affiliate untuk order tidak langsung naik daripada 30% kepada 50% daripada kadar seller. sumber
- Yuran pre-order 2.16% diperkenalkan. Lebih 100 kategori barang keperluan dikecualikan atau dikurangkan komisen. sumber
- Yuran Program Cashback pada hari kempen naik kepada 8.10% (7.5% tambah SST). sumber
- Bayaran Sokongan Platform RM0.54 setiap order bermula. sumber
- Yuran transaksi naik daripada 2.16% kepada 3.78% (3.5% tambah SST). sumber
Sumber rasmi: Shopee komisen, Program Cashback, yuran transaksi, Bayaran Sokongan Platform.
Cara simpan lebih banyak untung
Kekal di Shopee untuk pembeli baharu, dan bawa pembeli tetap ke online store anda sendiri. Di sana tiada komisen: anda cuma bayar caj gateway pembayaran dan kurier. Nexova membina online store itu daripada link Shopee anda, lengkap dengan produk dan gambar, dan anda boleh melihatnya dahulu tanpa bayar.
Jual di TikTok Shop juga? Baca caj TikTok Shop selepas 31 Oktober 2026.
Soalan lazim
- Berapa peratus Shopee ambil daripada seller?
- Untuk kebanyakan penjual aktif, lebih kurang 22% hingga 27% daripada jualan: komisen 11.88% hingga 16.20% ikut kategori, yuran Program Cashback 5.94%, yuran transaksi 3.78% dan RM0.54 setiap order (pada purata order RM50). Angka sebenar ikut kategori dan program yang anda sertai.
- Apa itu Bayaran Sokongan Platform Shopee?
- Caj RM0.54 (RM0.50 tambah SST) untuk setiap order yang selesai, bermula 16 Julai 2025. Penjual Marketplace dengan 100 order bersih atau kurang dalam 30 hari, atau 200 order dan jualan RM3,000 ke bawah, dikecualikan. Penjual baharu juga dikecualikan untuk 60 hari pertama.
- Perlu ke sertai Program Cashback Shopee?
- Tidak wajib. Ahli membayar yuran program 5.94% (8.10% pada hari kempen) tetapi mendapat komisen lebih rendah dan baucar Shopee. Tanpa program, komisen lebih tinggi: contohnya pakaian 15.12% berbanding 12.96% untuk ahli.
- Bila caj Shopee berubah?
- Shopee mengubah caj beberapa kali setahun. Perubahan komisen terakhir berkuat kuasa 14 Ogos 2026. Senarai perubahan dan tarikh semakan terakhir ada dalam halaman ini.
- Kalau ada website sendiri, masih ada caj?
- Ada, tetapi jauh lebih rendah. Tiada komisen setiap order. Gateway pembayaran mengenakan caj setiap transaksi, contohnya Lean.x RM1.00 hingga RM1.50 untuk FPX, dan anda bayar kurier sendiri. Nexova Pro pula RM79 sebulan, bulan pertama RM10.